Tuesday, March 29, 2011

10 Sebab kenapa lelaki memilih untuk terus membujang...

1. Memang tiada bernafsu terhadap wanita.

2.Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan oleh kekasih.

3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda atau pernah melihat kekejaman ayah terhadap ibunya.

4-Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin.

5-Takut tak bahagia apabila berkahwin nanti.

6. Tidak mempercayai golongan wanita.

7. Merasakan lebih bebas dan selesa hidup seorang diri.

8-Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya.

9.Takut tidak boleh perform sebagai suami dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.

10. Menulahkan pihak lain. Misalnya, "Sebab engkau tak kahwin dengan aku, sampai bila-bila aku tak kahwin.''

Monday, March 28, 2011

SEBAB-SEBAB MENGAPA LELAKI YANG MACHO DAN BERKERJAYA MASIH 'SOLO'?

  • Tidak percaya kepada cinta.
  • Tidak tahu apa sebenarnya ciri-ciri lelaki idaman dambaan wanita.
  • Tidak tahu rahsia bagaimana menjadi lelaki yang hebat dan menjadi kegilaan si gadis.
  • Tidak tahu apa aset semulajadi yang ada dalam diri anda.
  • Tidak ambil kisah dan tidak faham terhadap sifat, dan kemahuan wanita.
  • Tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama.
  • Tidak tahu cara yang terbaik untuk mengekalkan perhubungan.
  • Tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila putus cinta.
  • Menganggap CINTA adalah perkara yang remeh.
RENUNG-RENUNGKANLAH.. =)

<(-o-)> LAPAN SIKAP WANITA YANG DISUKAI OLEH LELAKI <(-o-)>

1. Keanak-anakkan
  • Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
  • Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
  • Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
  • Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.

5. Pandai berbicara
  • Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
  • Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
  • Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


8. Simpati dan prihatin
  • Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.






Sunday, March 27, 2011

PERKARA YANG LELAKI PERLU TAHU PASAL WANITA...
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan mereka.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH S.W.T. dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA

Friday, March 25, 2011

PERBEZAAN RAMA-RAMA DAN KUPU-KUPU..

RAMA-RAMA:
  • Kebanyakan rama-rama mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya.
  • Sayap rama-rama akan terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.
  • Kebanyakan rama-rama aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni,
  • Rama-rama suka hinggap di bunga. Ia menghinggap menggunakan mulut yang berbentuk seperti straw





KUPU-KUPU:
  • Sesungut kupu-kupu lebih berbulu.
  • Kupu-kupu akan merentangkan sayapnya apabila berehat.
  • Kupu-kupu aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

Tuesday, March 1, 2011

<(-o-)> LOL <(-o-)>


<(-o-)> My Beloved Friends <(-o-)>













Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver