Monday, April 11, 2011

<(-o-)> Funny Ambition <(-o-)>

BILA BESAR NANTI

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada anak muridnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka apabila sudah besar nanti.

Muna berdiri dan berkata, “ nama saya Muna bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin menjadi seorang juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, USA, Sepanyol, dan sebagainya”.

“Bagus Muna. Terima kasih. Siapa lagi?”, Tanya guru.

Seorang murid perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “ nama saya Hani bin Samad. Bila besar nanti Hani ingin menjadi seorang suri rumah tangga dan mempunyai anak yang comel”.

“Bagus Hani, menjadi suri rumah merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”, guru bertanya lagi.

Leman pun berdiri dan berkata, “ nama saya Leman bin Namel, bila besar nanti saya bercita-cita ingin membantu Hani untuk mencapai cita-citanya”.

<(-o-)> Lawak Part Dua <(-o-)>

Pelatih Baru
Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

<(-o-)> Funny Thank You <(-o-)>

THANK YOU SEVEN


Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ;      ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa
                     inggeris ) katanya dalam hati.

Mat salleh ;  Oh, I'm sorry

Pemuda ;      It's ok, never min. Thank you.

Mat salleh ;  Thank you too.

Pemuda ;      ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.

Mat salleh ;  ( hairan ) what for?

Pemuda ;      ( four..four hmm five ) thank you five.

Mat salleh ;   Are you sick?

Pemuda ;      ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau
                      cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun
                      berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .

Mat salleh ;  ( bingung )

Friday, April 8, 2011

<(-o-)> Teka-Teki dan Lawak For Fun <(-o-)>

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI...

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan laptop tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa?? Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT??  Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

5. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil eletrik yang tertunggak tu!!

Monday, April 4, 2011

<(-o-)> Lawak Part 1 <(-o-)>

Lawak 1...

>Cikgu : Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?
>Murid :Kuda makan rumput, cikgu!
>Cikgu :Rumputnya mana?
>Murid :Sudah habis dimakan kuda, cikgu,
>Cikgu : Habis tu, kudanya mana?
>Murid : Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?





Lawak 2...

>seorang asli ke balai polis:

>Polis: ada apa laporan dari encik
>Org Asli: kawan saya di makan harimau
>Polis: pukul berapa
>Org Asli: dia tak pukul, terkam
>Polis: habis tu
>Org. Asli: tak habis, tinggal kepala .





Lawak 3...

>Di sebuah hospital mental,seorang pesakit menyanyi dengan penuh perasaan.Pada mulanya dia menyanyi terlentang,kemudian meniarap.Lalu ditanya oleh seorang doktor.

>doktor :kenapa tadi awak menyayi terlentang,lepas tu awak meniarap?

>pesakit :mula mula side 'A' kemudian tu side 'B'





Lawak 4...

>Seekor anak unta bertanya kepada emaknya...

>Anak: Emak, kenapa belakang kita ada bonggol?
>Emak: Supaya dapat simpan air yang banyak untuk kita semasa berjalan di padang pasir.
>Anak: kenapa kaki kita besar?.
>Emak: supaya kita tidak tenggelam di dlm pasir semasa berjln dipadang pasir
>Anak: tapi kenapa kita tinggal di dlm zoo?




Lawak 5...

>Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...

>Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...

>"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

>"Maaf.. encik" jawab waiter

>"Itu nama pemilik restoran ini" ...

Tuesday, March 29, 2011

10 Sebab kenapa lelaki memilih untuk terus membujang...

1. Memang tiada bernafsu terhadap wanita.

2.Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan oleh kekasih.

3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda atau pernah melihat kekejaman ayah terhadap ibunya.

4-Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin.

5-Takut tak bahagia apabila berkahwin nanti.

6. Tidak mempercayai golongan wanita.

7. Merasakan lebih bebas dan selesa hidup seorang diri.

8-Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya.

9.Takut tidak boleh perform sebagai suami dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.

10. Menulahkan pihak lain. Misalnya, "Sebab engkau tak kahwin dengan aku, sampai bila-bila aku tak kahwin.''

Monday, March 28, 2011

SEBAB-SEBAB MENGAPA LELAKI YANG MACHO DAN BERKERJAYA MASIH 'SOLO'?

  • Tidak percaya kepada cinta.
  • Tidak tahu apa sebenarnya ciri-ciri lelaki idaman dambaan wanita.
  • Tidak tahu rahsia bagaimana menjadi lelaki yang hebat dan menjadi kegilaan si gadis.
  • Tidak tahu apa aset semulajadi yang ada dalam diri anda.
  • Tidak ambil kisah dan tidak faham terhadap sifat, dan kemahuan wanita.
  • Tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama.
  • Tidak tahu cara yang terbaik untuk mengekalkan perhubungan.
  • Tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila putus cinta.
  • Menganggap CINTA adalah perkara yang remeh.
RENUNG-RENUNGKANLAH.. =)
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver